ARTIKEL

Poster Pertandingan ‘Kaul Slingshot’.

‘Slingshot Challenge’ tawar hadiah RM1,600

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pertandingan ‘Slingshot Challenge’ yang julung kali diadakan bakal memeriahkan Kaul Mukah 2025 dengan hadiah terkumpul berjumlah RM1,600.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kenyalang Slingshot dengan kerjasama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Balingian, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Balingian.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penganjur, Tarmizi Karnain, pertandingan ini akan dijalankan secara individu untuk kategori lapan meter dan 10 meter.

“Pihak penganjur akan menyediakan peralatan asas untuk pertandingan seperti slingshot dengan sewaan RM5 bagi setiap kategori. Namun, peserta juga dibenarkan untuk membawa peralatan mereka sendiri, tetapi peralatan tersebut mesti memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh penganjur,” katanya.

Tarmizi juga mengingatkan bahawa setiap peserta perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peserta yang didapati melanggar peraturan, seperti menggunakan peralatan yang tidak sesuai atau bertindak secara tidak adil, akan disingkirkan.

Selain itu, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal hadir pada hari pertandingan dan penyertaan tidak boleh dipindah milik.

Pertandingan yang akan berlangsung di Pantai Kala Dana pada 26 April depan bakal dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, dan ADUN Tellian, Royston Valentine.

Sebelum pertandingan utama, simulasi ‘slingshot’ akan diadakan pada 19 April depan di Pantai Kala Dana, di mana pengunjung boleh mencuba permainan ini.

Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai dan piala untuk kategori Sharpshooter Man dan Sharpshooter Woman, selain acara kategori kejutan yang akan diumumkan pada hari pertandingan.

Pertandingan ini terbuka kepada individu berumur 16 tahun ke atas. Peserta wajib mengisi borang pendaftaran dengan lengkap dan menghantarnya sebelum tarikh tutup pada 22 April.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 untuk setiap kategori dan perlu dibayar secara dalam talian kepada pihak penganjur.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Ahli Jawatankuasa Pendaftaran, June, di talian 010-4236272 melalui WhatsApp.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas