ARTIKEL

Snek sihat buah-buahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BUAH-BUAHAN pilihan makanan yang sihat walaupun ia manis dan mengandungi gula.

Buah-buahan kaya dengan nutrisi seperti vitamin dan serat.

Khasiat penuhnya hanya dapat diperoleh melalui pengambilan buah-buahan segar.

Anda mungkin sering mendengar nasihat doktor agar mengutamakan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian.

Ini nasihat kesihatan yang biasa diberikan oleh pakar kesihatan.

Umum mengetahui buah-buahan ialah makanan sihat kerana ia segar dan tidak diproses.

Buah-buahan begitu mudah untuk didapati dan senang dimakan begitu sahaja.

Bahkan, ia digelar sebagai makanan segera yang sihat kerana buah-buahan amat mudah disediakan tanpa perlu dimasak.

Buah-buahan mengandungi kadar gula yang tinggi berbanding pilihan makanan segar yang lain.

Hal ini mungkin menyebabkan sesetengah pihak meragui kebenaran, sama ada buah-buahan merupakan pilihan makanan sihat terbaik atau tidak.

MITOS GULA DALAM BUAH-BUAHAN

Kajian terbukti menunjukkan pengambilan gula yang berlebihan adalah berbahaya.

Gula yang dimaksudkan ialah sukrosa dan sirap jagung fruktosa tinggi, dengan kedua-duanya mengandungi glukosa dan fruktosa.

Fruktosa boleh mendatangkan kesan negatif ke atas kesihatan metabolisme jika dimakan terlalu kerap dan banyak.

Ramai yang percaya gula tambahan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak elok ke atas tubuh badan, termasuklah kandungan gula yang ada dalam buah-buahan iaitu fruktosa. Akan tetapi, ini semua salah faham yang perlu diperbetul.

Fruktosa cuma berbahaya jika diambil dalan kuantiti yang banyak dan perkara ini mustahil terjadi melalui pengambilan buah-buahan sahaja. 

Kandungan gula dalam buah-buahan adalah sihat dan selamat dimakan oleh masyarakat umum.

Dengan hanya memakan buah-buahan segar, mustahil bagi individu sihat mendapat tahap mudarat, kerana jumlah kuantiti fruktosa di dalam buah-buahan tersebut terkawal.

Buah-buahan mengambil masa untuk dikunyah dan dihadam sepenuhnya. Hal ini baik untuk kesihatan.

Memandangkan buah-buahan dipenuhi serat dan air, ia agak sukar dikunyah.

Perkara ini menyebabkan pengambilan kebanyakan jenis buah-buahan memakan masa untuk dihadam dan ia akan tiba pada organ hati untuk dicerna secara perlahan-lahan juga.

Bukan sahaja serat yang ada dapat menggalakkan pencernaan lebih sempurna, serat yang larut dalam air yang di dalam buah-buahan juga banyak kebaikannya.

Serat dapat mengurangkan kadar kolesterol, membantu tubuh memproses gula dan menimbulkan rasa kenyang semasa memakannya.

Jika matlamat anda mahu menurunkan berat badan, kajian mengesyorkan agar anda memilih makan buah-buahan tambahan untuk mengurangkan selera makan dan menggalakkan penurunan berat badan secara sihat.

Makanan yang kaya serat seperti buah-buahan amat mengenyangkan.

Jika anda berasa lapar dan inginkan snek ringan, berkemungkinan dengan hanya memakan sebiji epal yang mengandungi 2 gram serat dan 13 gram fruktosa, anda akan dapat menghilangkan rasa lapar terbabit.

Jika dibandingkan dengan satu tin minuman berkarbonat yang mengandungi 52 gram gula yang jauh lebih berat dan tinggi kalori, anda tetap berasa lapar selepas mengambil minuman terbabit.

Bahkan, ia alternatif yang tidak sihat. Jika gula tiba pada organ hati dengan cepat dalam kuantiti yang banyak, ia mendatangkan kesan yang tidak sihat terhadap tubuh badan.

Perkara ini terjadi jika anda memilih minuman berkarbonat dalam tin.

Sebaliknya, sebiji buah-buahan segar yang dimakan menyebabkan gula sampai pada organ hati secara perlahan-lahan dalam kadar yang sedikit.

Hal ini lebih sihat kerana tubuh akan lebih bersedia untuk pencernaan fruktosa sepenuhnya.

Oleh itu, walaupun pengambilan gula berlebihan adalah tidak sihat, perkara ini tidak terjadi jika gula tersebut melalui pemakanan  buah-buahan segar.

Buah-buahan mengandungi nutrisi yang penting seperti vitamin, mineral dan antioksida.

KAYA NUTRISI

Kebanyakan keperluan nutrisi penting seperti vitamin C, potasium dan folat hanya dapat dipenuhi dengan pengambilan buah-buahan secukupnya.

Pelbagai jenis buah-buahan yang terdapat di pasaran mahupun yang ditanam sendiri, sihat untuk dimakan.

Ia merangkumi seluruh jenis kumpulan makanan; protein, karbohidrat dan lemak, melalui komposisi yang berbeza-beza Untuk mendapatkan kebaikan buah-buahan secara maksimum, amalkan pengambilan buah-buahan yang kaya nutrisi.

Pelbagai jenis buah memberikan variasi pilihan mengikut cita rasa anda.

Amalkan diet yang mengandungi pelbagai jenis buah kerana setiap jenis buah mengandungi nutrisi berbeza dengan buah lainnya.

Jelas, amalan memakan buah-buahan sebagai snek tambahan mendatangkan kesan kesihatan yang signifikan.

Walaupun pengambilan gula berlebihan berbahaya, namun perkara ini terkecuali bagi jenis gula yang terdapat pada buah-buaha.

Bahkan, ia digalakkan kerana sarat dengan nutrisi yang mengenyangkan. 

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

Tidak mudah basi

Ia melibatkan kuantiti besar dengan ribuan batang lemang terjual selain turut beroperasi di kediaman sendiri di Kampung Tupong. “Seperti kebiasaan, kami juga menjalankan operasi jualan

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36