ARTIKEL

Sokong perkara baik untuk S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan menyokong cadangan sektor ekopelancongan dijadikan salah satu ekonomi titik panas bagi Sarawak dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030.

Sehubungan itu Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berharap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dapat memberikan butiran lanjut terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak selepas ini.

“Ini sesuatu yang baik daripada PH. Saya akan menyokong apa sahaja yang baik kepada Sarawak. Saya percaya semua rakyat Sarawak juga akan menyokong,” katanya selepas merasmikan acara Drama Festival Kuala Lumpur (Dfkl) Versi Sarawak anjuran Media Prima Berhad di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Kampus Unimas, di sini, baru-baru ini.

Majlis terbabit juga dihadiri Pengerusi kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Finas Dato Hans Isaac, Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Unimas Profesor Madya Dr Musdi Shanat dan Pendaftar Unimas, Henry Tening Sengeng.

Abdul Karim mengulas kenyataan Azmin Ali yang Kerajaan Persekutuan mahu mengurangkan jurang pembangunan antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung dan mengenal pasti sektor ekonomi titik panas kedua negeri dalam WKB2030 di Dewan Rakyat, baharu-baharu ini.

Sektor yang dicadangkan sebagai ekonomi titik panas di Sarawak ialah pelancongan eko, tenaga diperbahrui, pertanian berteknologi tinggi, penternakan, ekonomi komoditi dan produk hiliran.

“Kalau Azmin Ali dapat mengenal pasti titik panas itu, maka sudah pasti beliau dapat mengumumkan apakah itu yang sebenarnya dan jika mengenai pelancongan, bahagian mana di Sarawak mereka mahu mempromosikan pelancongan itu?” soal Karim.

Beliau berkata, tidak semestinya kementeriannya perlu membantah setiap cadangan Kerajaan Persekutuan hanya semata-mata disebabkan perbezaan parti politik dan ini terutama sekiranya cadangan itu memberi kebaikan kepada negeri ini.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU