ARTIKEL

Tiong Sii menyantuni rakyat ketika hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-21 Persatuan Alumni SMK Tinggi Sarikei.

Sokongan alumni penting perkukuh reputasi sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Persatuan Alumni SMK Tinggi Sarikei bukan sahaja menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bekas pelajar, malah berperanan sebagai tonggak sokongan utama kepada pembangunan alma mater sekolah berkenaan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Sri Huang Tiong Sii menjelaskan, alma mater yang bermaksud sekolah atau institusi pendidikan tempat seseorang menimba ilmu, menjadi landasan penting dalam membentuk sahsiah dan kecemerlangan generasi pelajar.

Justeru, katanya, sokongan berterusan alumni amat signifikan dalam memperkukuh reputasi sekolah.
“Alumni memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan pendidikan serta memupuk semangat kebersamaan demi kecemerlangan pelajar masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-21 Persatuan Alumni SMK Tinggi Sarikei serta Majlis Sekalung Budi dan perasmian Padang Sukan Bersepadu Alumni di sini, semalam.

Menyentuh mengenai Padang Sukan Bersepadu, Tiong Sii berkata, ia bukan sahaja melambangkan komitmen mendalam para alumni terhadap sekolah tercinta, tetapi juga mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pendidikan dan pembangunan kemudahan sekolah.

Menurutnya, kemudahan pembelajaran dan sukan yang baik mampu membantu melahirkan pelajar cemerlang serta menyokong perkembangan pendidikan yang lebih menyeluruh di Sarikei.

Beliau yang juga bekas pelajar SMK Tinggi Sarikei menzahirkan penghargaan kepada pengetua dan para guru yang telah mendidik serta membimbingnya dengan penuh kesungguhan sehingga berjaya.

Tiong Sii turut memaklumkan beliau memperkenalkan bantuan berupa pakaian seragam, kasut dan beg sekolah kepada anak-anak Sarikei bagi meringankan beban kewangan ibu bapa, dan berharap semua pelajar terus berusaha memperbaiki diri serta menjadikan SMK Tinggi Sarikei sekolah pilihan utama di bahagian itu.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas usaha berterusan membangunkan Sarikei termasuk projek jambatan dan jalan raya ke Tanjung Manis, penambahbaikan sekolah, rumah ibadat dan infrastruktur asas lain,” katanya.

Beliau berharap Persatuan Alumni SMK Tinggi Sarikei terus maju dan berjaya melahirkan lebih ramai generasi cemerlang.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih