ARTIKEL

Rayong ketika perbahasan dalam persidangan DUN, hari ini

Sokongan PSB kepada GPS ikhlas – Rayong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sokongan tidak berbelah bahagi tiga wakil rakyat Parti Sarawak Bersatu (PSB) kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat ikhlas, kata Timbalan Presiden PSB Dr Johnical Rayong Ngipa.

Beliau menyifatkan keikhlasan itu telah ditunjukkan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak baru-baru ini, apabila mereka turut tampil semasa penamaan calon dan semasa waktu berkempen.

“Ini adalah lembaran baharu, buku baharu untuk memastikan kestabilan politik bagi menjadikan GPS kerajaan yang kuat dalam mentadbir dan menjaga Sarawak.

“Kita tidak mahu rakyat berpecah belah kerana perbezaan ideologi politik, perbezaan kaum, agama dan kepercayaan,” katanya ketika perbahasan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Selain Rayong, dua lagi wakil rakyat PSB ialah presidennya yang juga ADUN Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh dan ADUN Ba’kelalan Baru Bian.

Rayong menambah, hanya kerajaan sahaja khasnya kerajaan GPS di peringkat Sarawak dan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat yang dapat merealisasikan kehendak rakyat yang mahukan pembangunan dan memerlukan bantuan.

“Sebagai seorang wakil rakyat, secara peribadi politik kita adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat di kawasan secara profesional,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga mereka juga menghormati, beradab dan sopan kepada kerajaan walaupun menghadapi kesukaran.

“Kita tidak akan menjerit-jerit seperti kawan kita di sebelah yang kelihatan kurang sopan…ini bukan falsafah kita,” katanya yang merujuk kepada ADUN dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.