ARTIKEL

Solidariti cara kita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

EMPAT hari lepas, nombor telefon saya dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp Himpunan Aman Palestin.

Setelah diperiksa, nombor telefon saya dimasukkan oleh rakan saya sendiri.

Setakat semalam, ada 1,023 orang dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ini.

Pada mulanya, saya fikirkan kumpulan ini hanya untuk suka-suka. Rupa-rupanya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Solidariti Sarawak Bersama Palestin.

Setiap hari, beratus-ratus mesej masuk ke dalam kumpulan WhatsApp ini yang mengajak untuk hadir ke perhimpunan tersebut.

Ini mengagambarkan isu solidariti perlu dipromosi secara luas supaya pihak tertentu tidak menggangap ‘bersolidariti’ hanya untuk umat Islam saja.

Dikhabarkan perhimpunan ini akan diadakan di Dataran Perayaan Jalan Stadium, Kuching petang ini. Jumlah yang hadir belum diketahui lagi.

Daripada perbualan mesej WhatsApp, mungkin ramai yang akan hadir.

Menariknya, kumpulan WhatsApp ini banyak berbincang tatacara ketika hadir ke perhimpunan itu hari ini.

Saya sekadar membaca untuk mendapatkan info yang akhirnya dapat ditulis dan dikongsikan melalui kolum ini.

Selain berbincang tentang situasi konflik Israel dan Palestin, ramai yang menunjukkan semangat solidariti dengan menghulurkan derma yang disalurkan kepada pihak yang mengurus pengumpulan derma.

Tiada yang membuat kutukan atau kecaman melampau.

Rata-ratanya menunjukkan rasa kesal dan sedih dengan situasi di Tebing Barat.

Atas sebab itu, ramai yang menyatakan akan hadir perhimpunan hari ini.

Malah, semalam ada kumpulan yang sudah bergerak dari Sri Aman semata-mata untuk menunjukkan solidariti masingmasing di Kuching hari ini.

“Semoga perjalanan solidariti saudara dari Sri Aman ke Kuching hari ini berjalan lancar,” doa yang lain kepadanya.

Ketika membaca mesej-mesej dalam kumpulan WhatsApp ini, saya tertarik dengan satu mesej daripada seorang yang bukan beragama Islam.

Walaupun memaklumkan tidak hadir perhimpunan hari ini, dia memberitahu dia mengikuti perhimpunan solidariti atas dasar kemanusiaan

. “Walaupun saya beragama lain, saya melihat solidariti ini dalam nilai kemanusiaan,” katanya yang mendapat sokongan ahli kumpulan yang lain.

“Benar, bukan setakat agama, kita utamakan nilai kemanusiaan sejagat,” jelas yang lain lagi.

Tidak dinafikan sesetengah individu menganggap istilah solidariti sebagai perjuangan agama, mungkin kerana sebutannya agak Islamik.

Ada juga yang menganggap ia khas merujuk kepada sokongan terhadap satu pihak sahaja.

Sebenarnya lebih mudah untuk kita mengistilahkan maksud solidariti sebagai kebersamaan dan persaudaraan.

Justeru, apabila diajak bersolidariti, ia tidak mengira apa juga latar belakang sama ada agama, bangsa ataupun negara.

Dan, itulah solidariti sebenar yang sedang dunia lakukan untuk Palestin yang di dalam kantung solidariti itu terkandung kebersamaan, persaudaraan dan kemanusiaan.

Justeru, jangan berhenti bersolidariti untuk Palestin.

Dunia turut menangis dengan insiden yang merekodkan kematian tertinggi di Gaza sejak Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin.

Ia bukan hanya konflik perang, tetapi menuntut bantuan kemanusiaan dari seluruh pelosok dunia.

Pemimpin dunia termasuk Malaysia mengutuk sekeraskerasnya dan mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel sebagai jenayah perang yang paling kejam.

Ini yang perlu kita fahami dan tidak menganggapnya sebagai perjuangan agama semata-mata. Sesiapa sahaja harus bersolidariti dalam semangat perpaduan.

Jangan biar ada unsur kurang baik yang mungkin akan cuba untuk mencelah masuk ketika semua bersoladiri di Dataran Perayaan hari ini.

Waspada, hati-hati.

“Esok hatihati mesti ada ngambik kesempatan molah tabung kutipan palsu. Check benar-benar.”

Satu pesanan yang mungkin ada yang terlepas pandang.

Ini termasuk mereka yang menjual bendera, pelekat, baju ataupun mafela yang kononnya hasil jualan akan diderma kepada tabung Palestin.

Beli daripada peniaga yang sah dan diyakini.

Ini penting kerana ada-ada sahaja cara orang untuk menipu.

Mungkin ada yang meminta untuk mengimbas kod QR akaun bank jika ingin menderma.

Jika benarbenar mahu menderma cari saluran yang betul.

Ini juga selaras dengan beberapa pemberitahuan yang dikongsikan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Ada lima yang utama. Pertama tidak dibenarkan berkonvoi kibar bendera.

Kedua tidak boleh parkir kereta di bahu jalan dan di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jika ingkar saman akan dikeluarkan.

Kenderaan harus diparkir di kawasan parkir Stadium Negeri, Stadium Perpaduan dan di belakang Stadium Sarawak.

Keempat bendera Zionis tidak dibenarkan dan tidak boleh membakar bendera atau memijak bendera.

Kelima tidak boleh membawa senjata seperti pisau lipat, mercun bom, senjata mainan dan lain-lain.

Bermakna apa-apa sahaja yang berasaskan senjata adalah tidak dibenarkan.

Seperti dikongsikan, sebagai tambahan kepada peraturan yang perlu dipatuhi, sesiapa sahaja tidak dibenarkan membawa anak-anak ke perhimpunan tersebut.

Selain sebagai keselamatan anak-anak, juga menunjukkan anak-anak tidak sesuai dibawa hadir ke kawasan ramai orang.

Ini juga sesuai dengan gesaan daripada banyak pihak agar isu Palestin-Israel tidak dibawa ke sekolah walaupun Kementerian Pendidikan ada memaklumkan beberapa hari lepas Minggu Solidariti Palestin akan dilaksanakan di sekolah seluruh negara.

Ramai yang membantah, termasuk ibu bapa serta pertubuhan bukan kerajaan.

Rata-rata mereka menyatakan jangan libatkan pelajar dalam konflik tersebut.

Sekolah kata mereka harus fokus kepada pendidikan seperti biasa.

Seorang bapa yang ditemu bual wartawan kami berkata: “Cukup kita ketua keluarga atau ibu bapa sendiri menterjemahkan keadaan semasa yang berlaku dari aspek nilai kemanusiaan.

Kurang sesuai menggalakkan program tersebut dilaksanakan di semua sekolah.”

Walaupun tidak salah bersolidariti di sekolah, namun ada bapa yang mahukan ia lebih kepada ceramah tentang nilai kemanusiaan yang terhakis kesan daripada peperangan.

“Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin tidak salah asalkan jangan melebihi batas.

Kita hanya memberi kesedaran kepada murid betapa keamanan sejagat harus dititikberatkan.

Kesedaran keamanan ini wajib kita terapkan, namun boleh disampaikan kepada mereka semasa hari perhimpunan sekolah,” jelas seorang bapa.

Bersolidariti ada adabnya. Jaga adab kita jika ingin menunjukkan solidariti.

Sarawak yang terkenal dengan nilai perpaduan tinggi harus diutamakan.

Jangan pertaruhkan keutuhan perpaduan yang sudah lama kita semai.

Jangan cuba untuk mewujudkan suasana yang tidak baik sesama rakyat. Dan, jangan dihina mereka yang tidak menunjukkan semangat solidariti secara terang-terangan.

Sebabnya setiap orang ada pemikiran dan cara tersendiri menunjukkan sokongan apabila melihat konflik ini.

LAIN-LAIN BERITA

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

Idam gelaran dunia

PETINJU profesional kebanggaan Sarawak, Dealoniel Mcdelon Bong, 25, bakal melangkah setapak lagi selepas mengharungi pertarungan “Path To Glory” Sabtu ini (17 Februari), menentang petinju Bangladesh,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian