ARTIKEL

Royston (empat dari kiri) menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak. F: Facebook N.57 Tellian

Solidariti Pemuda PBB: Kutipan dana disalur kepada mangsa kebakaran Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sembilan keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, baru-baru ini menerima sinar harapan apabila Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda keprihatinan.

Penyerahan sumbangan berupa wang tunai itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PBB Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, dalam satu acara ringkas yang berlangsung di kampung berkenaan.

Royston meluangkan masa meninjau keadaan kawasan yang terlibat dalam insiden kebakaran. F: Facebook N.57 Tellian

Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan dana daripada ahli Jawatankuasa Pemuda PBB serta Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dari seluruh Sarawak sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada mangsa yang terkesan dengan bencana tersebut.

Untuk rekod, kebakaran yang berlaku pada Selasa lalu mengakibatkan enam rumah musnah sepenuhnya dan menyebabkan 26 penduduk kehilangan tempat tinggal.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.