ARTIKEL

MANGSA-mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Song.

Song dilanda banjir buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SONG: Seramai 135 mangsa banjir di daerah ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Song setakat 9 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kemas kini terbaharunya menerusi satu kenyataan berkata, operasi pemindahan mangsa banjir dijalankan dengan jayanya di beberapa kawasan terjejas di Song, apabila hujan lebat menyebabkan banjir kilat yang menenggelami kediaman penduduk.

OPERASI memindahkan mangsa-mangsa terlibat ke PPS Dewan Masyarakat Song.

“Mangsa adalah dari kawasan terjejas yang terdiri dari Kampung Sejiran, Jalan Takan; Lot Kebiau, Jalan Takan; Rumah Jarop, Nanga Sempadi; Rumah John, Nanga Embuau; dan Rumah Emperan, Mulong,” katanya.

Seramai 135 orang dipindahkan, melibatkan warga emas, wanita, lelaki dewasa, kanak-kanak, dan bayi.

MANGSA-mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Song.

“Operasi pemindahan ini dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song yang diketuai oleh PBK I Abang Fadzil Abang Marzuki bersama-sama 10 anggotanya serta agensi-agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan RELA,”katanya.

OPERASI memindahkan mangsa-mangsa terlibat ke PPS Dewan Masyarakat Song.

Setibanya di lokasi kejadian pada 12.41 tengah hari, pasukan bomba terus membuat pemeriksaan awal dan mendapati paras air banjir semakin tinggi.

Komander operasi mengarahkan penggunaan Personal Floating Device (PFD) bagi memastikan keselamatan semua mangsa sepanjang proses pemindahan.

OPERASI memindahkan mangsa-mangsa terlibat ke PPS Dewan Masyarakat Song.

Operasi ini dijalankan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang melibatkan kemalangan jiwa.

Semua mangsa kini berada di PPS dengan selamat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU