ARTIKEL

Soon Koh Sifatkan Belanjawan Sarawak 2027 Menyeluruh dan Berwawasan


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas menteri kewangan kedua Sarawak menyifatkan Belanjawan Sarawak 2027 menyeluruh dan berwawasan merangkumi pelbagai aspek pembangunan bandar dan luar bandar.

ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, belanjawan itu turut meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau di peringkat ASEAN serta antarabangsa.

“Premier meletakkan Sarawak bukan sekadar sebagai sebuah negeri kecil dengan jumlah penduduk yang kecil, sebaliknya sebagai pemain utama.

“Khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau di peringkat ASEAN, malah di pentas antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas perkara itu selepas pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di DUN Sarawak hari ini.

Pada masa yang sama, Wong memberitahu penyediaan belanjawan memerlukan persiapan rapi, keberanian dalam menetapkan hala tuju pembangunan serta disiplin dalam memastikan pengurusan kewangan negeri kekal berhemah.

Selain itu, beliau turut menyifatkan pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 antara paling panjang sebagai gambaran perancangan teliti serta komitmen kerajaan negeri dalam merangka pembangunan yang menyeluruh.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan pembangunan Sarawak terus diperkukuh, meningkatkan daya saing negeri dalam menarik pelaburan dan meneroka peluang ekonomi baharu,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU