ARTIKEL

Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah berniaga kelapa di bazar Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33 tahun, tampil dengan sisi berbeza apabila memilih untuk berniaga di bazar Ramadan tahun ini, jauh daripada set penggambaran dan dunia glamor yang sinonim dengannya.

Menariknya, Sophia berganding bahu dengan kakaknya untuk menjual air kelapa pandan di bazar Ramadan sekitar Stadium Merdeka yang dijangka mula beroperasi seawal hari ketiga Ramadan.

Menurut Sophia, perancangan itu dibuat lebih awal dan dia teruja untuk merasai pengalaman berniaga pada bulan yang penuh keberkatan.

“Saya dan kakak menjual air kelapa pandan di bazar Ramadan sekitar Stadium Merdeka.

Pada hari ketiga Ramadan lalu kami mula berniaga,” katanya.

Pelakon filem Jiwa 8 Belas itu berkata jika tiada komitmen penggambaran, dia akan turun padang untuk membantu kakaknya mengurus gerai.

“Jika saya tidak mempunyai jadual penggambaran, saya datang ke bazar untuk membantu kakak,” ujarnya sambil menyifatkan peluang itu sebagai pengalaman baharu yang menyeronokkan.

Mengulas pemilihan air kelapa pandan sebagai jualan, Sophia menegaskan keputusan itu bukan sekadar mengikut trend semasa, sebaliknya didorong oleh minatnya terhadap minuman berkenaan.

“Saya memang suka air kelapa kerana kurang gemar minuman yang terlalu manis dan bergula,” jelasnya.

Tambahnya, dia sering berasa sangsi terhadap cara penyediaan air kelapa yang dijual di kebanyakan bazar Ramadan.

“Kebiasaannya, di bazar, peniaga menjual air kelapa dalam balang yang sudah ditambah gula dan ais.

Kadangkala saya tertanya-tanya tentang kebersihan air itu,” katanya.

Atas sebab itu, Sophia dan kakaknya memilih untuk menjual air kelapa yang ditebuk terus daripada buah kelapa bagi memastikan kesegaran dan kualitinya terjamin.

Menurutnya, konsep tersebut bukan sahaja lebih sihat, malah memberikan rasa asli yang lebih menyegarkan, terutama ketika berbuka puasa selepas seharian menahan dahaga.

“Air kelapa kami lebih sihat dan mengandungi elektrolit semula jadi.

Minum terus dari buah kelapa memang lebih segar, lebih-lebih lagi ketika berpuasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sophia turut menyatakan keterbukaannya untuk menerima sebarang kritikan dan pandangan daripada pelanggan demi menambah baik perkhidmatan.

“Kami akan menerima setiap maklum balas daripada pembeli.

Itulah yang paling penting.

“Seboleh-bolehnya kami mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU