ARTIKEL

TUNTUT KOMITMEN PEMAIN...Farhan Abdullah@Anai Igang.

SPL 2026: Bintulu Tidak Mahu Terlalu Yakin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang tidak mahu menganggap status selaku juara bertahan dimiliki pasukannya sebagai kelebihan apabila berdepan ATM pada aksi suku akhir pertama kempen Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) di Padang Perumahan, Jalan Astana petang esok (Sabtu).

Farhan melihat tekanan tetap menanti barisan kesebelasan utama yang diturunkan untuk aksi yang cukup mencabar nanti.

“Saya percaya tekanan cukup hebat menanti pemain untuk perlawanan petang esok.

MEMBURU KEMENANGAN…Kesebelasan utama pasukan Bintulu.

“Walaupun turun sebagai juara bertahan, ia bukan kelebihan untuk kami mudah meraih kemenangan,” ujar Farhan kepada Arena Suara Sarawak

Beliau percaya, tuan rumah (ATM) sudah mempersiapkan diri bagi mengharungi gelora sebenar sepanjang tempoh 90 minit nanti.

Bagi Farhan, tiada strategi khas dirangka untuk perlawanan petang esok.

“Memadai ingatan kepada pemain agar mereka kekal fokus sepanjang perlawanan.

“Elak melakukan kesilapan mudah. Yang penting sekali perlu bijak memanfaat peluang terhidang,” tambah beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU