ARTIKEL

SPR buka semakan Daftar Pemilih Tambahan hingga 20 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuka semakan Daftar Pemilih Tambahan bagi September 2026 (DPT BLN9/2026) selama 30 hari, bermula 22 Oktober hingga 20 November ini.

Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, daftar berkenaan mengandungi 44,987 pemilih baharu yang didaftarkan secara automatik selepas mencapai umur 18 tahun dalam tempoh 1 hingga 30 September 2026.

Daftar itu turut merangkumi 21,720 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya serta 4,805 pemilih yang bertukar kategori pengundi atau status.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pemilih yang terlibat menyemak maklumat masing-masing bagi memastikan nama mereka disenaraikan dalam daftar berkenaan.

Semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal MySPR di https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian hotline 03-8892 7218.

Menurut Khairul, individu yang mendapati nama mereka tidak disenaraikan boleh mengemukakan tuntutan menggunakan Borang C menerusi aplikasi MySPR atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri berkaitan.

Pemilih berdaftar yang ingin membantah kemasukan nama pemilih yang bertukar ke bahagian pilihan raya mereka pula boleh mengemukakan bantahan menggunakan Borang D.

Borang C dan Borang D boleh dimuat turun menerusi portal rasmi SPR dan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkaitan sepanjang tempoh semakan.

Bagi urusan bantahan, borang berkenaan perlu diserahkan kepada pejabat berkaitan berserta pembayaran fi bantahan pada waktu pejabat, pada hari bekerja sepanjang tempoh semakan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh melayari www.spr.gov.my, menghubungi talian 03-8892 7218 atau berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri masing-masing.

BERITA LAIN

Sarawak, Belanda teroka kerjasama strategik

KUCHING: Sarawak dan Belanda meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan lapangan terbang, teknologi hijau dan pengangkutan mampan menerusi kunjungan hormat Duta Besar Belanda ke Malaysia, Michel

BERITA TERBARU

Sarawak, Belanda teroka kerjasama strategik

KUCHING: Sarawak dan Belanda meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan lapangan terbang, teknologi hijau dan pengangkutan mampan menerusi kunjungan hormat Duta Besar Belanda ke Malaysia, Michel