ARTIKEL

SPR disaran wujudkan sistem baharu bagi mudahkan golongan muda mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Abdul Jalil Bujang ketika ditemui pemberita

MUKAH: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Mukah Abdul Jalil Bujang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan satu sistem baharu bagi memudahkan golongan muda khasnya yang berada di institut pengajian tinggi menjalankan tanggungjawab mengundi.

Katanya dengan kewujudan sistem tersebut pengundi muda tidak perlu pulang ke kampung halaman memandangkan kos perjalanan untuk pergi dan pulang balik ke kampung halaman membebankan.

“Sekarang ini mereka baru sahaja melapor diri di universiti dan pusat pengajian tinggi masing-masing dan untuk balik semula bagi menjalankan tanggungjawab mengundi memerlukan kos tinggi.

“Tambahan dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat…ini mungkin tidak membolehkan mereka balik mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menghadiri proses Penamaan Calon Parlimen Mukah di Bangunan Pehin Setiaraja Mukah, hari ini.

Dengan penglibatan pengundi muda ini, beliau juga yakin pengundi muda ini akan memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk menerajui kerajaan seterusnya.

“Insya-Allah kita akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil, progresif dan penuh integriti untuk jangka masa panjang.

“Justeru bagi golongan muda, ini adalah untuk masa depan mereka dalam bersama-sama membawa negara ke mercu kegemilangan,” katanya lagi.

Beliau turut mendedahkan bahawa akan menggunakan cara konvensional untuk berkempen pada kali ini antara pergi ke pintu-pintu rumah dan menggunakan media sosial bagi melibatkan golongan muda.

 

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU