ARTIKEL

SPRM Mulakan Siasatan Projek Libatkan TDM Sejak 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak 2023, susulan dakwaan berkaitan aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera.

Menurut sumber, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) kira-kira 11.30 pagi tadi bagi menjalankan siasatan awal terhadap projek-projek berkenaan.

Sumber itu memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

“SPRM turut meneliti transaksi kewangan mencurigakan dikaitkan dengan individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah melibatkan seorang pegawai kanan tentera.

Beliau berkata semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang.

Semalam, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa hasil semakan dokumen forensik diterimanya secara tanpa nama menunjukkan terdapat kemasukan wang secara bulanan dalam jumlah puluhan ribu ringgit ke dalam akaun dikaitkan dengan pegawai kanan tentera berkenaan dan ahli keluarganya.

Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira 1 tengah hari semalam, bagi mengemukakan laporan polis berhubung dakwaan itu dan selesai memberikan keterangan sekitar 4.30 petang. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU