KUCHING: Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS) akan diperluaskan ke lima daerah iaitu Serian, Siburan, Sri Aman, Betong dan Mukah selain terma rujukan turut diperkemaskan untuk tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, terma yang diperkemas itu merangkumi peningkatan had kelayakan pendapatan isi rumah kasar bulanan daripada RM4,556 kepada RM5,504, lanjutan tempoh maksimum bantuan daripada tiga tahun kepada empat tahun bagi memberi sokongan lebih berterusan.
Katanya, sejak tahun 2021 hingga April 2026, Jawatankuasa Pemilihan SRAS telah meluluskan 7,302 permohonan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM35.36 juta.
“Daripada jumlah tersebut, 4,720 permohonan adalah dari Kuching, 1,214 dari Bintulu, 952 dari Sibu, 213 dari Samarahan dan 203 dari Miri.
“Kelulusan keseluruhan turut merangkumi 581 pelajar institusi pengajian tinggi serta 124 pemohon daripada penjawat awam Sarawak dan Persekutuan yang menduduki kuarters kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Bagi Skim Pinjaman Rumah Panjang Kerajaan Sarawak, Kui Hian berkata, sejumlah RM275.39 juta telah disalurkan di bawah skim tersebut sejak tahun 2020 sehingga kini dan memberi manfaat kepada 396 rumah panjang melibatkan 8,148 pintu.
“Pada tahun ini, Jawatankuasa Kelulusan Permohonan Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (Rumah Panjang) telah meluluskan pelaksanaan 66 rumah panjang melibatkan 1,310 pintu dengan jumlah pinjaman sebanyak RM61.38 juta.
“Pada masa ini, sebanyak 351 rumah panjang melibatkan 7,254 pintu masih dalam senarai menunggu,” katanya.

ADUN Repok Bangkit Isu Liputan Internet, Bekalan Air di Sarikei
KUCHING: Kawasan pedalaman Sarikei termasuk rumah panjang dan perkampungan yang masih berdepan masalah capaian telefon serta Internet perlu diberi keutamaan menerusi peruntukan RM309 juta bagi
