ARTIKEL

Kredit: Facebook MPL Malaysia

SRG.OG cipta sejarah, juara MPL MY empat musim berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG.OG) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama memenangi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL MY) buat kali keempat berturut-turut sejak musim ke-13.

Pada aksi Grand Final musim ke-16 yang berlangsung di MAEPS Serdang, SRG.OG dibarisi Mark Rusiana (Kram), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish (Stormie), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) dan John Vincent Banal (Innocent) nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mencatat kemenangan bersih 4-0 ke atas CG Esports.

Sekys yang bertindak sebagai jungler pasukan SRG.OG dinobatkan sebagai pemain paling bernilai pada aksi Grand Final berkenaan.

Jurulatih SRG.OG Michael Angelo Bocado (Arcadia) nyata gembira dengan pencapaian cemerlang yang diraih anak buahnya pada saingan MPL MY.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini tetapi saya benar-benar mahu memenangi M-Series (Kejohanan Dunia) kerana ia adalah satu-satunya gelaran yang hilang daripada resume saya. Saya menyertai dua M-Series, malangnya hanya mendapat tempat ketiga dalam kedua-duanya,” katanya.

Selaku juara SRG.OG membawa pulang wang tunai USD31,900 (kira-kira RM131,00), manakala CG Esports meraih USD18,700 (kira-kira RM77,00).

Kedua-dua pasukan itu turut mendapat tiket automatik mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia MLBB M7 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Januari tahun depan. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU