ARTIKEL

Sri Lanka Wajibkan Kenaikan Gaji Minimum Sektor Swasta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

COLOMBO: Jabatan Buruh Sri Lanka mengumumkan kenaikan gaji minimum bulanan nasional bagi sektor swasta daripada 27,000 rupee kepada 30,000 rupee (kira-kira US$96.92), berkuat kuasa 1 Januari 2026, lapor Xinhua.

Ketua Pesuruhjaya Buruh, Nadeeka Wataliyadda berkata gaji minimum harian juga akan meningkat daripada 1,080 rupee kepada 1,200 rupee bermula pada tarikh yang sama, sambil menambah bahawa majikan diwajibkan membuat pembayaran selaras dengan kadar semakan baharu itu.

Di bawah perundangan berkaitan, tanggungjawab untuk mematuhi gaji minimum berkanun terpakai kepada semua majikan, termasuk majikan langsung dan majikan utama bagi pekerja yang diambil melalui kontraktor atau perantara.

Pekerja yang mendapati majikan mereka tidak mematuhi kadar gaji baharu atau keperluan pembayaran berkanun boleh memfailkan aduan melalui sistem pengurusan aduan Jabatan Buruh atau menghantar aduan bertulis ke pejabat buruh yang berdekatan. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan