ARTIKEL

PRESIDEN SRU...Richard Song Swee Jin. - FOTO RAMIDI SUBARI

SRU yakin kemampuan skuad lelaki dan wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Ragbi Negeri Sarawak (SRU) yakin skuad lelaki dan wanita yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 mampu mencipta kejutan.

Presiden SRU Richard Song Swee Jin memberitahu, persiapan rapi yang dilakukan kedua-dua pasukan terbabit ketika ini dapat mencapai hasrat tersebut.

Di samping, himpunan pemain yang terpilih mewakili Sarawak untuk menghadapi temasya dwitahunan negara itu.

Ia katanya, dilihat sebagai penanda aras terbaik buat kedua-dua pasukan itu. Apatah lagi, dengan Sarawak selaku tuan rumah dan kelebihan tersebut perlu dimanfaat dengan sebaik mungkin.

“Persiapan kedua-dua pasukan berjalan lancar ketika ini. Latihan berjalan mengikut perancangan ditetapkan,” ujar Richard ketika ditemui Arena Suara Sarawak di pejabat beliau, pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau melihat kem wanita kendalian Sylvia Alexander Lian berpotensi untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.

Dengan kata lain, berpotensi untuk menaiki podium pada temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

“Bagi skuad lelaki, kita melihat cabaran cukup sengit bakal diharungi, tetapi ia merupakan bonus bagi mereka sekiranya berjaya peroleh sebarang pingat,” tambah Richard yang turut menyatakan skuad lelaki dikendali oleh Nacani Nathan Seniu.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU