SSC dan FAS meterai Memorandum Pembangunan Bola Sepak Negeri

KUCHING: Kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dapat menyelaras dan merancang program yang lebih padu dalam melahirkan pemain yang terlatih bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju dalam bidang sukan.

Menteri Belia Dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerjasama tersebut akan meringankan beban FAS dalam mengurus tadbir pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

“Memorandum ini bertujuan untuk memastikan mutu sukan bola sepak Sarawak dapat ditingkatkan dengan kerjasama semua pihak.

“Di samping itu, semua pihak atau agensi turut memainkan peranan masing-masing agar kerjasama yang erat terjalin bagi tujuan merealisasikan objektif dan matlamat yang sama dalam peningkatan mutu sukan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Menandatangan Memorandum Pembangunan Bola Sepak Negeri (Persatuan Bola Sepak Sarawak) di sini, hari ini.

Suara Sarawak