ARTIKEL

Sagah bercakap kepada media selepas menyempurnakan majlis penutupan Simposium Pendidikan tentang Kepimpinan, Kemahiran Lanjutan dan Pemahaman Warisan untuk Ketahanan Ekonomi anjuran Jabatan Muzium Sarawak di SSCiEX, di sini, hari ini.

SSCiEX catat 40,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Sains Sarawak (SSCiEX) merekodkan kira-kira 40,000 pengunjung sejak dibuka pada 29 Julai lalu, menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kira-kira 11,000 pengunjung direkodkan setakat jam 3 petang hari ini, termasuk dari Kalimantan, Indonesia.

“Pada hari pertama sahaja, pusat ini menerima kira-kira 5,000 pengunjung dan jumlah sama turut dicatatkan pada hari kedua.

Dr Peter bercakap kepada media selepas menyempurnakan majlis penutupan Simposium Pendidikan tentang Kepimpinan, Kemahiran Lanjutan dan Pemahaman Warisan untuk Ketahanan Ekonomi anjuran Jabatan Muzium Sarawak di SSCiEX, di sini, hari ini.

“Ini menunjukkan sambutan yang diterima amat memberangsangkan,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis penutupan Simposium Pendidikan tentang Kepimpinan, Kemahiran Lanjutan dan Pemahaman Warisan untuk Ketahanan Ekonomi anjuran Jabatan Muzium Sarawak di SSCiEX, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan SSCiEX, Dr Peter Morin Nissom berkata, sambutan diterima turut melibatkan pengunjung dari luar negara termasuk China dan Jepun.

Menurutnya, sambutan berkenaan menjadi petunjuk positif bahawa masyarakat Sarawak semakin menyedari kepentingan bidang STEM.

SSCiEX menampilkan 22 galeri bertema serta lebih 400 pameran interaktif yang ditempatkan di bangunan lima tingkat, membolehkan pengunjung meneroka dunia sains, teknologi, inovasi dan penemuan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih