ARTIKEL

TANGKAP LAYAR…Datuk Gerald Rentap Jabu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Stadium Negeri dinaik taraf ikut piawaian FIFA dan AFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek menaik taraf kemudahan di Stadium Negeri kepada fasiliti lebih moden dan memenuhi piawaian semasa seperti Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) diyakini mampu memperkukuh pembangunan ekosistem bola sepak di Sarawak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, projek menaik taraf kemudahan berkenaan akan menyediakan persekitaran lebih kondusif bagi penganjuran pertandingan bola sepak di pelbagai peringkat.

“Ini termasuk Liga Premier Sarawak yang menjadi platform penting untuk pembangunan pemain tempatan dan kelab komuniti sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkenaan projek naik taraf Stadium Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut katanya, projek menaik taraf itu juga mampu memperkasa pelaksanaan program pembangunan akar umbi seperti Liga Juara Bolasepak Belia PETRONAS (PYFCL) melalui penggunaan fasiliti yang lebih berkualiti bagi tujuan latihan, pertandingan dan pembangunan bakat muda secara lebih tersusun.

“Malah, penglibatan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Kuching City FC (KCFC) akan membantu memperkukuh laluan pembangunan pemain daripada peringkat akar umbi ke tahap profesional,” ujarnya.

Dedah Rentap, projek menaiktaraf Stadium Negeri telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM7.05 juta dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah dilantik sebagai agensi pelaksana.

“Skop kerja menaik taraf Stadium Negeri melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh bagi memastikan kemudahan stadium berada pada tahap selamat, moden dan memenuhi piawaian semasa.

“Antara skop utama termasuk kerja-kerja menaik taraf tempat duduk penonton, sistem lampu LED baharu, pemasangan skrin LED, naik taraf kaunter tiket, baikpulih bilik persalinan, tandas dan surau serta meningkatkan infrastruktur yang sedia ada,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak juga akan membangunkan jurulatih dalam kalangan guru, pelaksanaan program pengenalpastian bakat merentas pelbagai jenis sukan, penganjuran pertandingan sekolah dan komuniti serta penyelarasan laluan pembangunan atlet secara lebih sistematik.

Katanya, Kementerian melalui SSC sentiasa menggalakkan dan memperkukuh kerjasama strategik antara Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta agensi dan pihak berkepentingan lain.

“Ini bagi memastikan pembangunan sukan di peringkat sekolah dan akar umbi dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berterusan merentasi semua jenis sukan.

“Antara fokus utama kerjasama ini termasuk pembangunan jurulatih dalam kalangan guru, pelaksanaan program pengenalpastian bakat merentas pelbagai jenis sukan, penganjuran pertandingan sekolah dan komuniti serta penyelarasan laluan pembangunan atlet secara lebih sistematik,” katanya.

Dalam masa yang sama kata Rentap, SSC turut memainkan peranan penting dengan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 hingga Tahap 3 secara berterusan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah dan berkompetensi dalam pelbagai disiplin sukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU