ARTIKEL

Staf kurang, pesawat tersadai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYDNEY: Kekurangan kakitangan perkhidmatan penerbangan yang dilaporkan menjadi punca kelewatan penerbangan secara meluas dan beberapa pembatalan di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat, lapor Xinhua.

Qantas memaklumkan bahawa lebih 50 penerbangan domestik dan antarabangsa yang berlepas dari Lapangan Terbang Sydney mengalami kelewatan sehingga 90 minit pada Jumaat, manakala empat penerbangan domestik dibatalkan. Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Kumpulan Qantas, turut melaporkan 25 penerbangan mengalami kelewatan, manakala Virgin Australia memaklumkan 20 penerbangannya terjejas.

Akhbar The Daily Telegraph yang berpangkalan di Sydney melaporkan bahawa kelewatan itu berpunca daripada kekurangan kakitangan. Ketua Pegawai Eksekutif badan industri Airlines for Australia and New Zealand, Stephen Beckett, memberitahu akhbar itu bahawa kelewatan berkenaan memberi kesan besar kepada rangkaian penerbangan negara.

Jurucakap Airservices Australia berkata langkah pengurusan aliran trafik udara telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Sydney susulan kekangan operasi.

Pengawal trafik udara Airservices amat berbangga dan komited dalam melaksanakan tugas kritikal yang menuntut tahap keselamatan tinggi,” menurut kenyataan itu. -Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat