ARTIKEL

Status anak Kim Min Heee jadi bualan orang ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KISAH kehidupan pelakon terkenal Korea, Kim Min Hee, kembali menjadi perhatian ramai selepas laporan mendedahkan bahawa beliau telah melahirkan bayi lelaki hasil hubungan kontroversi dengan pengarah tersohor, Hong Sang Soo.

Menurut laporan media antarabangsa, Kim Min Hee kini menjalani tempoh berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu di Hanam, Gyeonggi-do, selepas selamat melahirkan cahaya mata tersebut.

Kelahiran bayi lelaki itu turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan isu pendaftaran kelahiran dan hak warisan anak tersebut.

Difahamkan, anak tersebut telah didaftarkan dalam daftar keluarga Sang Soo sebagai anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan.

Namun, berdasarkan undang-undang Korea Selatan, anak luar nikah mempunyai hak yang setara dengan anak yang dilahirkan dalam perkahwinan sah, terutama dalam hal pewarisan harta.

Untuk rekod, hubungan sulit antara Sang Soo dengan Min Hee dilaporkan bermula kira-kira sedekad lalu.

Desas-desus mengenai kehamilan Min Hee mula tersebar pada Januari lalu apabila sumber melaporkan bahawa beliau dijangka bakal bersalin tidak lama lagi.

Spekulasi tersebut akhirnya terjawab apabila Min Hee yang sedang sarat hamil dilihat bersama-sama Sang Soo di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Februari lalu, sekali gus mengesahka

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.