ARTIKEL

DITAHAN: Tiga individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul di Jalan Petanak, Kuching, pada 18 Oktober lalu.

Tiga ditahan kes lelaki dipukul di Jalan Petanak, Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga individu ditahan polis susulan kejadian seorang lelaki dipukul di Jalan Petanak, di sini, pada 18 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 29 Oktober lalu.

Menurutnya, kejadian itu melibatkan seorang lelaki yang dipukul oleh seorang lelaki lain, seperti dipaparkan dalam rakaman video berdurasi 25 saat yang tersebar di media sosial.

“Polis telah berjaya menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Jika sabit kesalahan, katanya, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Alexson turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

Beliau juga menasihati masyarakat supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444 atau Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mancha, di talian 019-5958260,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

LCDA diminta bawa model Gedong, Lawas ke Spaoh

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) diminta membawa model pembangunan terbaik yang dilaksanakan di Gedong dan Lawas untuk diperluas ke Bahagian Betong, khususnya Spaoh.