ARTIKEL

Henry merakam kenangan bersama peserta dan tetamu kehormat dalam Pertandingan Sculp & Robo Challenge 1.0 Peringkat Sarawak 2025. | Foto: UKAS

STEM dan TVET tarik minat pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Minat serta penyertaan aktif generasi muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin terserlah menerusi Pertandingan Sculp & Robo Challenge 1.0 Peringkat Sarawak 2025.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, perkembangan itu merupakan petanda positif ke arah melahirkan modal insan berdaya saing, inovatif dan bersedia mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Henry menyempurnakan simbolik perasmian Pertandingan Sculp & Robo Challenge 1.0 Peringkat Sarawak 2025. | Foto: UKAS

“Murid-murid sekolah perlu menguasai bidang STEM bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja mahir dalam teknologi masa hadapan, tetapi mampu menjadi peneraju dalam era Revolusi Industri 4.0.

“Melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Kerajaan Sarawak menyasarkan 60 peratus pelajar mengambil subjek STEM di peringkat sekolah menengah menjelang 2030.

Henry meninjau pameran yang terdapat dalam Pertandingan Sculp & Robo Challenge 1.0 Peringkat Sarawak 2025. | Foto: UKAS

“Pada masa sama, penyertaan dalam kursus TVET juga dipertingkat dengan kapasiti latihan sehingga tiga kali ganda menjelang 2030 bagi memastikan Sarawak memiliki tenaga mahir untuk pembangunan ekonomi berasaskan teknologi,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Tasik Biru berkata demikian ketika merasmikan penutupan Pertandingan Sculp & Robo Challenge 1.0 Peringkat Sarawak 2025 di Dewan Suarah Bau, di sini, semalam.

Henry merakam kenangan bersama peserta dan tetamu kehormat dalam Pertandingan Sculp & Robo Challenge 1.0 Peringkat Sarawak 2025. | Foto: UKAS

Henry turut merakamkan penghargaan kepada Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) atas penganjuran program menggunakan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), serta Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) atas sokongan melalui Geran Program Pendidikan.

“Inisiatif ini menunjukkan pihak KKMG dan Kerajaan Sarawak amat serius untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan potensi serta kebolehan pelajar dan belia di Sarawak.

Antara institusi yang menyertai pertandingan ‘Sculpture’ bagi kategori pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah Kolej Vokasional Matang, Politeknik Kuching Sarawak, Kolej Komuniti Mas Gading.

Bagi kategori pelajar sekolah menengah disertai SMK Demak Baru, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi dan SMK Paku.

Bagi pertandingan ‘Line Following Robot’, kategori pelajar IPT disertai Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kolej Komuniti Mas Gading dan Politeknik Kuching Sarawak.

Bagi kategori pelajar sekolah menengah pula disertai oleh SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Paku, SMK Tun Abdul Rahman, SMK Bau, SMK Singai dan SMK Matang Jaya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU