ARTIKEL

Sesi bergambar.

STEM NiC 2.0 perkasa murid luar bandar celik teknologi dan sains

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 101 murid dari 10 sekolah rendah sekitar Sarawak menyertai Program STEM: Nature in Camp (STEM NiC) 2.0 yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai lalu.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, dan ditaja oleh agensi-agensi luar iaitu Sarawak Energy Berhad, Yinson Production, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dan Sarawak Skills, serta dibimbing oleh fasilitator dan guru-guru yang komited.

Ucapan Penganjur … Mohamad Hasbullah Jon.
Sesi Ice breaking.
Pertandingan Micro:bit.

Diadakan di sebuah tempat latihan di Kuching, program ini memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek.

Pendekatan yang berpusatkan murid, apabila murid meneroka pengetahuan dan kemahiran melalui pelaksanaan sesuatu projek berasaskan dunia sebenar.

Sesi Penghasilan Kereta Ultrasonik (Micro:bit).
Tazkirah Maghrib.
Explorace.

Objektif utama program ini adalah untuk membentuk generasi murid luar bandar yang celik teknologi, kreatif dan mampu berdaya saing pada masa hadapan.

Penyertaan Sekolah Dari Pelbagai Daerah

Antara daerah yang mengambil bahagian termasuk dari kawasan Kuching, Padawan, Baram, Lundu, Bau dan Samarahan.

SK Gersik bertindak sebagai sekolah peneraju, bersama-sama SK Rakyat Tupong dan SK RPR Jalan Astana, manakala penyertaan sekolah adalah dari SK Muara Tebas, SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, SK Sungai Arang, SK Poyut, SK Sampadi, SK Serumbu dan SK Sebandi Ulu.

Pertandingan Roket Air.

Penyertaan pelbagai sekolah dari kawasan bandar dan luar bandar memperlihatkan semangat keterangkuman dalam memperkasakan pendidikan STEM secara menyeluruh di seluruh negeri Sarawak.

Aktiviti Padat dan Menarik

Program selama tiga hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti pendidikan dan sahsiah yang menyasarkan pembangunan pelajar secara holistik.

Pada hari pertama, peserta menjalani sesi suai kenal, latihan kawad kaki, pengenalan kepada Micro:bit, iaitu satu alat pengaturcaraan asas yang digunakan dalam pendidikan STEM dan Wira Malam.

Sesi pembinaan roket air.

Hari kedua pula menampilkan aktiviti lebih mencabar dan menyeronokkan termasuk pertandingan roket air yang dibahagikan kepada kategori Parachute dan Target, selain Explorace berkonsepkan ikhtiar hidup.

Malamnya dihangatkan dengan persembahan unggun api yang membina semangat kekitaan dalam kalangan peserta.

Ucapan penangguhan Solomon Kudik, Wakil Pengarah JPNS.

Hari terakhir memberi ruang kepada peserta untuk mempamerkan hasil kerja sepanjang program kepada para jemputan, selain diakhiri dengan majlis penangguhan rasmi.

Sokongan Padu Agensi dan Industri

Program ini mendapat suntikan semangat daripada kehadiran wakil-wakil penting seperti Solomon Kudik dari JPN Sarawak, wakil Sarawak Energy Berhad, Yinson Production, dan Sarawak Skills yang memberikan dorongan moral dan mengiktiraf usaha guru serta fasilitator dalam menjayakan inisiatif pendidikan luar bilik darjah ini.

Penyampaian Cenderahati.

Sokongan sektor industri dan agensi berkaitan memberi petunjuk positif terhadap kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam membentuk generasi celik teknologi yang bukan sahaja bergantung kepada pengajaran teori semata-mata.

Impak Positif Terhadap Peserta

Sepanjang pelaksanaan program, peserta menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti hands-on seperti Roket Air dan Micro:bit.

Aktiviti luar seperti Explorace dan Wira Malam pula berjaya membina semangat kerjasama, keyakinan diri serta keberanian dalam kalangan peserta yang rata-rata terdiri daripada murid tahap dua sekolah rendah.

Sesi pembinaan kereta ultrasonik (Micro:bit).

Lebih membanggakan, para guru pengiring turut menyatakan bahawa mereka sendiri memperoleh ilmu baharu hasil daripada aktiviti yang dijalankan, terutamanya dalam penggunaan teknologi pengajaran seperti Micro:bit.

Maklum balas positif yang diterima daripada peserta dan guru jelas membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam memperkenalkan STEM secara lebih dekat dan menyeronokkan kepada murid luar bandar.

Penyelaras Program, Cikgu Awang Asfia, Cikgu Roziana, Cikgu Safinah.

Program STEM NiC 2.0 bukan sekadar mendedahkan murid kepada pengetahuan teknikal dan sains, malah turut menanam nilai disiplin, kerjasama, dan daya tahan.

Ia merupakan nilai penting dalam menghadapi cabaran abad ke-21.

Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, program seumpama ini wajar dijadikan acara tahunan dan diperluas ke lebih banyak kawasan di Sarawak.

Harapan besar diletakkan agar usaha ini menjadi titik mula dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja celik STEM, tetapi juga mampu menjadi pencetus perubahan dalam komuniti masing-masing.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)