KUCHING: Stesen hibrid solar di Long San, Baram merupakan satu lagi contoh usaha Kerajaan Sarawak dalam menyediakan semua komuniti luar bandar dengan bekalan elektrik 24 jam, sekali gus mencapai ke arah elektrifikasi penuh menjelang 2025.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif itu selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk berkongsi manfaat bekalan elektrik dengan rakyat Sarawak di semua kawasan luar bandar, tidak kira sejauh mana mereka berada.
“Kami percaya bahawa semua orang berhak untuk berkembang maju dan berjaya, tanpa mengira lokasi mereka,” katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan Stesen hibrid solar Long San antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Shanghai Electric di sini, hari ini.




