ARTIKEL

Steven Seagal antara bintang yang tampil dalam AIFFA 2019

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintang aksi veteran, Steven Seagal antara yang dijangka membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019
di sini dari 25 hingga 27 April.

Beliau dijangka berada di bandaraya ini dalam sepanjang tiga hari festival berkenaan, bersama-sama selebriti tempatan dan antarabangsa lain seperti ratu Asean Sheila Majid dan bekas pengacara Asia’s Got Talent, Marc Nelson dan Rovilson Fernandez.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, yang merupakan peminat Seagal, berkata Sarawak sangat bernasib baik kerana dapat menarik kedatangan pelakon terkenal itu untuk AIFFA tahun ini.

“Beliau (Seagal) akan bertemu peminat pada sesi bersama peminat di Kompleks Mahkamah Lama pada 27 April jam 3 petang,” katanya pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan pengarah AIFFA, Livan Tajang.

Sebelum ini, bintang-bintang filem yang pernah mengangkat AIFFA ialah Datuk Jackie Chan, Donnie Yen dan Tan Sri Michelle Yeoh.

AIFFA 2019 menandakan edisi keempat festival dwitahunan yang digambarkan oleh Abdul Karim sebagai penuh bermakna bagi Sarawak kerana ia bertepatan dengan Kempen Melawat Sarawak.

Karim (dua kanan) pada sidang media mengenai AIFFA 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Turut kelihatan Kim Shin (kanan), Chang Kee (dua kiri) dan Livan (kiri).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU