ARTIKEL

Hii merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam majlis penyerahan sijil pengiktirafan daripada MBR kepada STIU, hari ini.

STIU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak menerima dua pengiktirafan berprestij daripada Malaysia Book of Records (MBR) atas kejayaan menerajui inisiatif transformasi dan inovasi dalam perkhidmatan awam negeri.

Pengiktirafan tersebut melibatkan kategori “First Public Service Agency to Implement A Sustainable Transformation and Innovation Framework” menerusi pembangunan kerangka kelestarian SCS-NEXT serta “The First Integrated Public Sector Excellence Certification Ecosystem By A State Government in Malaysia” yang mengiktiraf pembangunan ekosistem pensijilan bersepadu sektor awam negeri.

Majlis penyerahan sijil tersebut menyaksikan Pengarah STIU, Superi Awang Said menerima anugerah daripada wakil MBR sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee, di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Menurut Hii, pengiktirafan tersebut membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus moden serta membudayakan prestasi tinggi dalam sektor awam.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pencapaian berkenaan tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai simbol pengiktirafan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada amalan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Tambahnya, pelaksanaan kedua-dua inisiatif tersebut dijangka memberi impak signifikan usaha mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih responsif dan berorientasikan hasil.

Justeru, pencapaian tersebut turut dilihat sebagai pengiktirafan kepada keseluruhan Perkhidmatan Awam Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU