ARTIKEL

Mohd Fariz Zakaria atau lebih dikenali Soloz | Bernama

Struktur baharu MPL MY jamin kebajikan pasukan, pemain – Soloz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengenalan struktur liga berasaskan kerjasama bagi saingan Malaysia Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) musim depan dapat menjamin kebajikan pasukan dan pemain dengan lebih baik.

Bekas pemain profesional MLBB, Muhammad Faris Zakaria yang lebih dikenali sebagai Soloz berkata struktur liga itu sangat penting memandangkan pada masa ini beberapa pasukan terpaksa bergelut untuk kekal bertahan susulan kos operasi yang tinggi dalam menguruskan organisasi e-sukan.

“Bagi saya pembaharuan oleh MPL MY ini sudah tentu menjamin kebajikan pemain.

Hal ini mungkin sebelum ini pasukan yang bertanding bergelut dari segi kewangan, sebab kita perlu faham e-sukan ini memerlukan banyak wang.

“Dengan pembaharuan ini, sudah pasti penganjur liga akan memilih pasukan yang benar-benar stabil terutama dari sudut kewangan.

Mungkin selepas ini pasukan yang bertanding tidak akan ada masalah kewangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Terdahulu media melaporkan Pasukan Aero Esports dikenakan larangan seumur hidup daripada menyertai saingan MPL MY selepas didapati mempunyai tunggakan kewangan sejak Oktober 2025.

Selain itu, pasukan itu turut didapati melakukan beberapa pelanggaran kontrak sepanjang musim 15 dan 16.

Dalam pada itu, Soloz percaya struktur liga berasaskan kerjasama yang akan diperkenalkan kelak itu bakal menjadikan saingan MPL MY semakin kompetitif.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai bakat baharu daripada judul permainan itu dapat dilahirkan pada masa hadapan.

“Sebagai contoh, kalau pasukan dari luar masuk ke MPL MY sudah pasti mereka akan beri fasiliti yang lebih elok berbanding sebelum ini.

“Jadi perkembangan ini secara tidak langsung menjadikan liga semakin sengit dan berkembang secara sihat.

Dari sini juga mungkin akan lebih ramai pemain hebat dapat dilahirkan,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali