ARTIKEL

STU terima beberapa aduan kes buli guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat beberapa aduan dilaporkan kepada Kesatuan Guru Sarawak (STU) mengenai kes buli dalam kalangan guru di Sarawak.

Justeru, Presiden STU Kullin Djayang meluahkan sokongan terhadap cadangan merangka mekanisme bagi membela guru jika ada yang dibuli oleh pihak atasan.

“STU senada dengan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menginginkan Kementerian Pendidikan (KPM) merangka mekanisme berkenaan.

“Hal ini kerana ada beberapa aduan daripada ahli terhadap kes seumpama itu kepada STU.

“Namun, kita masih berharap sebarang pertikaian antara pihak atasan dengan guru biasa dapat diselesaikan secara berhemah dan profesional agar tiada pihak dikenakan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga berharap agar Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) digunakan dengan berhemah kerana laporan yang bersifat individu tidak memberi impak besar kepada profesion ini.

“Jika benar-benar perlu, setiap laporan mesti disertakan dengan data dan eviden yang kukuh.

“Sebagai pentadbir pun, kita menyeru agar menjadi ketua yang disenangi dan dihormati oleh rakan sejawat.

“Kita mahu pihak KPM berusaha bersungguh-sungguh memastikan tiada unsur tekanan kerja, khasnya daripada pihak pentadbir kepada para guru dalam warga pendidikan,” tegasnya.

Sementara itu, STU menzahirkan rasa duka cita terhadap pemergian 31 orang pendidik dalam tempoh setahun ini dan enam ahli meninggal hanya dalam tempoh seminggu ini.

“Kita mengucapkan salam takziah kepada keluarga terlibat.


“Mungkin ada kaitan dengan tahap kesihatan yang menurun atas sebab tekanan kerja,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU