ARTIKEL

Suami isteri mati dengan kesan tembakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Suami isteri ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada badan di dalam bilik tidur rumah mereka di Kampung Beraya Bekenu, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Miri dan anggota dari Balai Polis Bekenu telah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian berlaku,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki berusia 60 tahun dan isterinya yang merupakan warga Indonesia berusia 40 tahun telah dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mayat pasangan itu ditemui oleh adik lelaki mangsa, selepas terdengar anak mereka menangis.

Selaras senapang patah juga dijumpai di atas dada mangsa lelaki.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU