ARTIKEL

Suami isteri ungguli PBIM 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri anggota beruniform melakar kejayaan manis apabila mengungguli Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) buat kali kedua bersama-sama, apabila masing-masing memenangi kategori lelaki dan wanita Malaysia pada acara yang berlangsung pagi semalam.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Noor Amelia Musa, 37, dan Nik Fakaruddin Ismail, 38, membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Noor Amelia yang bertugas sebagai anggota polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur mencatatkan masa 3 jam 14 minit 36 saat dengan jarak 42 kilometer, manakala suaminya yang merupakan anggota Tentera Darat (TDM) di Kem 74 Workshop Divisyen Sungai Besi menamatkan larian dengan rekod masa 2 jam 43 minit dan 57 saat.

Nik Fakaruddin berkata kemenangan semalam merupakan kali kelima secara peribadi selepas menang empat kali berturut-turut sebelum ini pada 2016, 2017, 2018 dan 2019, namun tahun lepas dia tidak menyertai PBIM kerana terlibat dengan pemilihan untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA dalam acara duathlon.

“Jika bersama isteri, ini kali kedua kami menang bersama dalam acara maraton penuh (kategori perempuan dan lelaki Malaysia) selepas kali pertama pada 2019… Untuk dapatkan kemenangan secara berpasangan bukan satu perkara yang mudah dan jarang sekali berlaku, jadi sudah tentu saya amat gembira dan teruja.

“10 kilometer pertama saya perlu berusaha keras kerana dicabar oleh beberapa pelari lain yang memang cukup kuat dalam acara ini, tetapi strategi saya adalah mengorak langkah lebih awal untuk pecahkan kumpulan dan berjaya berada dalam kedudukan selesa selepas tujuh kilometer dan berjaya mengekalkan momentum hingga ke garisan penamat,” katanya yang mengambil masa tujuh bulan untuk melakukan persiapan.

Sementara itu, Noor Amelia yang mula menyertai PBIM sejak 2018 berkata ini merupakan kemenangan ketiga secara peribadi selepas 2019 dan 2022.

Beliau turut gembira dapat mencatatkan masa lebih baik berbanding perlumbaan sebelum ini meskipun tanpa persiapan rapi. 

“Dua minggu lepas saya ada maraton di Langkawi jadi untuk PBIM ini saya kurang dari segi persiapan, bagaimanapun, saya bersyukur dan gembira kerana tetap menang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai berkata PBIM 2023 berjaya menarik penyertaan seramai 20,000 pelumba dari seluruh Malaysia dan 60 negara lain.

“Acara ini bukan saja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan merentasi sempadan selain perpaduan yang dapat dilihat menerusi penyertaan dari pelbagai latar belakang,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim