ARTIKEL

Subsidi diesel Sabah, Sarawak meningkat RM1.4 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Perbelanjaan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak meningkat kepada RM1.4 bilion dalam tempoh Januari hingga April tahun ini susulan kenaikan harga minyak dunia.

Menurut Bernama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding peruntukan RM2 bilion bagi keseluruhan tahun lalu.

Beliau berkata subsidi diesel bagi Januari dan Februari masing-masing berjumlah RM103 juta dan RM106 juta, sebelum melonjak kepada RM563 juta pada Mac dan RM647 juta pada April.

Menurutnya, kerajaan kekal komited menyalurkan subsidi secara bersasar, namun pengurusan yang lebih berkesan diperlukan bagi mengurangkan ketirisan dan mengawal implikasi kewangan yang besar.

Katanya, bekalan petrol dan diesel ketika ini masih stabil, manakala pelaksanaan SKDS dan program BUDI MADANI akan diteruskan bagi memastikan bantuan subsidi sampai kepada golongan yang layak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU