ARTIKEL

Subsidi RM10 ringan beban rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan subsidi RM10 akan diberikan kepada mereka yang pulang ke kampung menaiki bot ekspres pada sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Subsidi tersebut hanya diberikan untuk pengguna bot ekspres tambahan yang telah diluluskan oleh Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan berkuat kuasa pada 25 Mei ini sehingga 31 Mei meliputi laluan perjalanan Kapit-Song-Sibu.

Berandah Unggat, 26, berkata, dengan adanya subsidi tersebut ia dapat mengurangkan beban rakyat yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Menerusi subsidi RM10 ini kami dapat berjimat. Bagi saya pemberian subsidi ini perlu diteruskan pada setiap perayaan, kerana pada musim perayaan merupakan masa paling ramai orang pulang menggunakan pengangkutan ekspres,” katanya.

Jackson Liman, 25, yang berasal dari Song berkata, subsidi RM10 boleh membantu berjimat kerana harga tiket bot ekspres tidak menentu pada musim perayaan.

“Misalnya perjalanan sehala dari Sibu ke Song dahulu harganya RM17 dan naik mendadak ke RM25 untuk perjalanan sehala.

Baca lain  Kami mahu LRT

“Dengan subsidi ini ia sangat baik dan berbaloi untuk semua,” katanya.

Manakala, Jeanita Semet, 21, berkata, ada kalangan penjual tiket bot ekspres mengenakan harga yang terlampau tinggi pada musim perayaan.

“Sebagai pelajar, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan diharapkan subsidi ini perlu diteruskan untuk masa yang akan datang kerana ia dapat membantu saya mengurangkan perbelanjaan.

“Diharap lebih ramai berpeluang untuk pulang menyambut Gawai Dayak di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Dympna Constance Dewis, 21, berkata, dia cukup teruja dengan pemberian subsidi tersebut kerana memberi banyak manfaat kepada rakyat.

“Saya cukup terkejut mendengar berita mengenai subsidi bot ekspres ini… lagi pula saya berasal dari Kapit dan akan pulang ke sana. Berdasarkan pengalaman sebelum ini saya mendapati ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga tiket kerana permintaan yang tinggi.

“Misalnya saya selalu pulang ke Kapit dari Sibu dengan harga biasa RM25, dan musim perayaan harga tiket ini akan naik mendadak, ” ujarnya.

Baca lain  PM tinjau operasi pelaksanaan Pakej PRIHATIN

Mohd Izzudin Abdullah, 46, berkata, menerusi subsidi tersebut ‘ulat tiket’ dapat dibendung kerana mereka akan mengambil kesempatan terhadap pengguna.

“Walaupun jumlah RM10 itu dilihat sedikit, bagi saya ia dapat mengurangkan beban dan berharap kerajaan dapat mengekalkan pelaksanaan ini untuk masa yang akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,