ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi. | Foto: Ghazali Bujang

Subsidi sistem atap solar sehingga RM12,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiap rumah atas tanah yang belum mempunyai sistem atap solar Fotovoltaik (PV) layak menerima subsidi antara RM8,000 hingga RM12,000.

Jumlah ini bergantung kepada saiz yang dipasang kata, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

Beliau menjelaskan, subsidi ini ditawarkan kepada pemilik rumah mengikut urutan permohonan yang memasang sistem atap solar antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.

Ia bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Energy telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM11.24 juta. Ia bagi membantu pengguna domestik memasang sistem rooftop solar PV di rumah mereka.

“Langkah ini bertujuan membantu mengurangkan kos permulaan memasang sistem solar.

Ia juga memudahkan pengguna domestik menyertai Skim Pengukuran Tenaga Bersih (NEM)” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, NEM merupakan skim pengimbangan tenaga.

Ia melibatkan lebihan tenaga solar yang disalurkan ke grid dan seterusnya dapat mengurangkan bil elektrik pengguna.

Setakat ini katanya, sebanyak 35 sistem solar PV NEM berkapasiti 867 kiloWatt-peak (kWp) sudah beroperasi.

Jumlah ini berbanding 16 sistem pada penghujung tahun 2024.

Beliau menambah permohonan subsidi boleh dibuat di kaunter Sarawak Energy atau secara dalam talian bermula Januari 2026. Ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan bantuan dengan mudah dan cepat.

Selain NEM, projek Pemasangan Sistem Atap Solar PV Grid Bersambung untuk Penggunaan Sendiri (SELCO) membolehkan tenaga solar digunakan secara persendirian di premis kediaman atau kawasan perindustrian.

Setakat ini satu sistem SELCO telah beroperasi di kawasan perindustrian Sama Jaya dengan kapasiti 600kWp.

Ia menunjukkan kemampuan negeri menyediakan tenaga untuk kegunaan sendiri.

Beliau menegaskan 12 permohonan SELCO dengan jumlah kapasiti 11,629kWp kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Ini menandakan minat tinggi sektor industri terhadap tenaga boleh diperbaharui.

“Inisiatif NEM dan SELCO bukan sahaja membantu pengguna domestik dan industri mengurangkan bil elektrik.

Malah ia memperkukuh peranan Sarawak sebagai penyumbang tenaga hijau di rantau ASEAN” kata beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU