ARTIKEL

Sudah 28,000 maut di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA: Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 27,947 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Dalam kenyataan media, kementerian itu berkata, seramai 67,459 warga Palestin cedera sejak konflik Israel-Hamas tercetus, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kementerian, tentera Israel membunuh 107 rakyat Palestin dan mencederakan 142 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas dengan beberapa mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Sumber keselamatan Palestin dan saksi berkata, pesawat Israel melancarkan beberapa siri pengeboman menyasarkan beberapa rumah di kawasan perumahan di bandar raya Gaza, termasuk al-Rimal, al-Sabra, al-Zaytoun, Tal al-Hawa dan Sheikh Ajlin.

Menurut sumber, ambulans tidak dapat memasuki lokasi pengeboman kerana serangan udara dan artileri Israel, selain serangan dron yang menyasarkan setiap benda yang bergerak di kawasan berkenaan.

Sementara itu, sumber perubatan berkata, sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman yang menyasarkan dua rumah di Rafah, bandar selatan Gaza.

Menurut paramedik di Khan Younis, juga di selatan Gaza, beberapa lelaki terbunuh dalam serangan artileri Israel, manakala seorang lagi lelaki dan seorang warga emas terbunuh ditembak tentera rejim di Hospital Nasser di bandar itu.

Selain itu, beberapa rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat pengeboman pesawat Israel ke atas sebuah rumah di bandar Deir el-Balah di tengah Gaza.
– Bernama -Xinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha