Trending

Suhardi dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan yang baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Majlis Sukan Negara (MSN)  Suhardi Alias dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan itu diumumkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Suhardi dan MSN turut merakamkan penghargaan atas khidmat beliau sepanjang lebih 30 tahun menabur bakti.

Suhardi dilapor memegang pelbagai jawatan antaranya Ahli Jawatankuasa Penarafan Persatuan Sukan Kebangsaan bersama Majlis Olimpik Malaysia pada 2009, Pengerusi dan Pelopor Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan serta penggubal dan tenaga pengajar Kursus Sains Sukan Kebangsaan.

Beliau juga terlibat dalam penyediaan Hala Tuju Industri Sukan Negara dan Visi Sukan Negara 2030.

Jawatan PJS sebelum ini disandang Ibrahim Mohd Yusof. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru