ARTIKEL

JEREMY JUAN ZHEMN LIANG

Sukan Borneo 2025: Atlet Sarawak Sedia Pamer Aksi Terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jika kebanyakan pemain yang diberi kepercayaan bersaing pada Sukan Borneo Kuching 2025 mempunyai misi dan visi masing-masing, tidak terkecuali bagi pemain daripada skuad badminton yang mempunyai sasaran tersendiri.

Jeremy Juan Zhen Liang mengakui akan berusaha memberikan persembahan terbaik pada penampilannya kali ini.

“Saingan pasti sengit dan saya berazam untuk cuba memberikan persembahan terbaik nanti,” katanya sambil menyatakan akan cuba memastikan dirinya beroleh pingat.

Bekas pemain kebangsaan itu percaya beliau akan sentiasa fokus pada setiap perlawanan yang dilaluinya.

Pemain beregu berpengalaman, Kong Chee Kiet memberi bayangan bahawa beliau cukup bersedia untuk turun beraksi.

“Persiapan berjalan lancar di bawah kendalian jurulatih, Ichwansyah Rusli Ali.

“Apa yang pasti, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk turun beraksi,” ujar Kong ketika ditemui semasa latihan.

Kong mengakui tidak mengharap terlalu tinggi akan keinginan untuk beroleh pingat, menyedari tekanan bakal dilalui terutama daripada pesaing negara lain.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik pada perlawanan sebenar nanti,” tegasnya.

Wafa Shahmina Rahman pula mengakui teruja ekoran penampilan pertama beliau dalam temasya tersebut.

“Sasaran memang tidak terlalu tinggi memandangkan ini kali pertama saya bertanding di Sukan Borneo Kuching 2025.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik nanti,” jelas Wafa.

Anak jati kelahiran Kampung Batu Niah, Miri itu mengakui akan beraksi dalam acara beregu bersama gandingannya Wendy Feebie.

Saingan sebenar temasya Sukan Borneo Kuching 2025 bermula esok (Khamis).

KONG CHEE KIET
WAFA SHAHMINA RAHMAN.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU