ARTIKEL

MANTAP…Dylan (kanan) beraksi dalam acara 100 meter lelaki.

SUKAN BORNEO 2025: Tuan rumah raih enam pingat acara balapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berjaya mengutip enam pingat merangkumi satu emas, tiga perak dan dua gangsa pada aksi pertama acara balapan Sukan Borneo 2025 menerusi 100 meter dan 1,500 meter yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya, pagi tadi.

Emas pertama berjaya diraih oleh Dylan Leo Saran dalam acara 100 meter lelaki.

Tiga perak pula dimenangi oleh Jonathan Nyepa dalam acara 100 meter, diikuti Ormilla Octavia dalam acara 100 meter wanita dan Danial Hakim Mohammed Omar menerusi 1,500 meter lelaki.

Sementara itu, dua gangsa masing-masing diperoleh Alvinia Aivie dalam acara 100 meter wanita dan Clezendra Chanda yang menamatkan saingan di tempat ketiga acara 1,500 meter wanita.

Stadium Sarawak turut dimeriahkan dengan beberapa acara padang termasuk lempar cakera dan tukul besi.

PADU…sekitar aksi acara 100 meter wanita. | FOTO : RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta