ARTIKEL

Sukan kukuh semangat perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Sukan merupakan salah satu kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat Limbang dan Brunei.

Pengerusi Dream Team Jamal Lamit berkata, aktiviti sukan seperti pertandingan ataupun riadah ialah pendekatan terbaik bagi rakyat tempatan dan luar untuk terus berinteraksi.

Lagipun katanya, hubungan silaturahim antara masyarat Brunei dan Limbang sudah lama terjalin walaupun dipisahkan oleh sempadan.

“Sukan dapat menjadi platform untuk kita lebih merapatkan lagi silaturahim yang sudah sedia ada.

“Kalah dan menang adat permainan tetapi yang penting, kita dapat memupuk semangat kasih sayang.

“Pada masa sama membentuk semangat kerjasama dalam satu pasukan,” ujarnya.

Jamal menambah, semangat itu merupakan asas utama kepada keharmonian serantau. Sekiranya kita boleh bekerja sebagai satu pasukan ketika bersukan.

“Maka tidak mustahil kita mampu menerapkan nilai yang sama dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan perlawanan persahabatan badminton di Dewan Rataie Temburong Brunei, semalam.

Jamal turut berkata, bidang sukan mampu menjadi landasan terbaik menyemai dan mengukuhkan semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

Buktinya, pada perlawanan persahabatan pada kali ini disertai dari pelbagai kaum dan agama.

“Apabila bersukan, tiada sesiapa pun yang akan memikirkan mengenai kaum atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan.

“Perlawanan persahabatan badminton pada kali ini disertai dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang, bermain dalam semangat satu pasukan,” katanya.

Beliau juga yakin melalui sukan, akan dapat melahirkan generasi muda yang cergas serta mampu membantu kerajaan merealisasikan negara bersatu padu.

Jelasnya, penglibatan golongan belia dalam aktiviti bersukan dapat mengelakkan mereka terlibat dari sebarang gejala yang tidak sihat.

“Fokus kami adalah cuba untuk menarik sebanyak mungkin golongan belia untuk turut serta dalam aktiviti yang pihak kelab anjurkan.

“Selain perlawanan persahabatan, pihak kelab juga aktif dalam menganjurkan pertandingan,” katanya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,