ARTIKEL

TAHNIAH....Safiee menyampaikan hadiah kepada kontinjen yang menyertai Kejohanan Olahraga MSSB Mukah, semalam.

Sukan Main Peranan Penting Dalam Pembangunan Modal Insan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Mukah kali ke-22 Tahun 2026 berperanan sebagai platform membentuk generasi berdisiplin, berdaya tahan dan bersemangat.

ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan.

“Sukan mampu menerapkan nilai disiplin, kepimpinan, semangat berpasukan serta ketahanan diri dalam kalangan pelajar.

“Selain menjadi pentas persaingan atlet muda, kita percaya kejohanan ini memberi banyak manfaat kepada pesertanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Olahraga MSSB Mukah kali ke-22 2026 di Kompleks Sukan Daro, di sini, semalam.

Antara sekolah yang menyertai kejohanan tersebut.

Mengulas lanjut, katanya, kejayaan sesebuah negeri tidak hanya bergantung kepada pembangunan fizikal semata-mata.

Ujarnya, ia turut ditentukan melalui kualiti generasi muda yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh.

Kejohanan tersebut berlangsung dari 6 hingga 9 Julai lalu menghimpunkan seramai 638 atlet daripada 14 sekolah menengah di seluruh Bahagian Mukah, selain penyertaan atlet sekolah rendah yang mewakili tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam pada itu, Safiee turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada kontinjen MSSB Mukah yang diketuai oleh Pejabat Pendidikan Daerah Daro dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah (TPDPH) Normah Daro sebagai sokongan kepada penyertaan mereka dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Sarawak 2026.

Kejohanan MSSN Sarawak 2026 dijadual berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan dari 9 hingga 15 Ogos depan, melibatkan penyertaan atlet terbaik dari seluruh negeri.

Safiee menyampaikan sumbangan kepada kontinjen MSSB Mukah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU