ARTIKEL

BONNIE mencipta rekod baharu dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram Paralimpik 2024. Ia adalah emas keduanya, setelah meraih emas pertama pada Paralimpkik Tokyo 2020.

Sukan Paralimpik 2024: Bonnie sumbang emas kedua negara, catat rekod dunia baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh powerlifting negara kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Anak Gustin, 24, menepati ramalan berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Mencatat 232kg pada aksi melakukan pengangkatan terakhir, sekali gus rekod dunia baharu kategori lightweight bawah 72kg bagi anak jati Kampung Baru Mawang, Serian itu.

Kehebatan Bonnie Bunyau nyata sukar ditandingi apabila cemerlang ketika melakukan dua aksi pengangkatan sebelumnya.

Berjaya mencatat 221kg pada angkatan pertama dan melepasi catatan 226kg pada aksi pengangkatan kedua dilakukannya.

Apa pun, kejayaan itu menyaksikan Bonnie Bunyau Anak Gustin mencatat nama selaku penyumbang pingat emas kedua buat kem negara.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU