ARTIKEL

Alex Woo berucap dalam majlis ringkas pembukaan Kejohanan Pickleball BCCCI YES.

Sukan pickleball semakin popular di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 290 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Pickleball BCCCI YES yang diadakan di Kenyalang Futsal dan Pickleball, petang Ahad.

Pengerusi Sayap Usahawan Muda Dewan Usahawan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu (BCCCI), Alex Woo, berkata kejohanan dua hari yang berlangsung pada 15 hingga 16 November itu bertujuan mempromosikan pickleball sebagai sukan mesra komuniti, mudah dipelajari, menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Beliau menekankan bahawa acara ini bukan sekadar tentang menang atau kalah, sebaliknya menekankan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat.

“Sukan ini membina persahabatan, kerjasama dan interaksi sosial yang sihat. Minda yang cergas memerlukan badan yang sihat.

“Tanpa kesihatan, perjalanan kita dalam perniagaan tidak akan sejauh yang diharapkan,” katanya semasa berucap dalam majlis pembukaan kejohanan tersebut.

Alex Woo berharap kejohanan ini dapat menggalakkan lebih ramai penduduk Bintulu aktif bersukan dan menjadikan senaman sebahagian daripada rutin harian mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU