ARTIKEL

Sukan Rakyat Meriahkan Pesta Bederun Balingian 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Pelbagai sukan rakyat yang penuh dengan elemen kesukanan dan tradisi masyarakat tempatan menjadi pembuka tirai Pesta Bederun Balingian 2025, di sini, Sabtu lalu.

Acara permainan tradisional yang dipertandingkan adalah seperti mengelang balau, selipar gergasi, merambat botol, pisak simban, pasing teloh dan pisak piju.

Ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Balingian dan kawasan sekitar.

Sehubungan itu, penganjuran sukan ini bertujuan memastikan sukan tradisional dikenali oleh generasi muda sekali gus mengekalkannya sebagai warisan berharga masyarakat setempat.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan Wap Terbilang dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh pasukan Sigi Bulih di tempat kedua dan Wap Terbilang 1 di tempat ketiga.

Manakala, dua lagi pasukan iaitu Oooha Team dan Musik Duan menerima saguhati.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penghulu Pekan Balingian, Harbi Bakir.

Antara sukan yang dipertandingkan sebagai pembuka tirai Pesta Bederun, baru-baru ini.
Harbi (enam kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang acara pertandingan tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU