ARTIKEL

DAPAT GANGSA...Nur Durratul Sahira Yazit (kiri) bersama dua rakan sepasukan yang berjaya menyumbang pingat gangsa buat negara.

SUKAN SEA 2025: Hadiah paling bermakna buat Sahira

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perasaan gembira bercampur terharu menyelubungi sanubari atlet sensasi sukan petanque (boules) negara kelahiran Sarawak, Nur Durratul Sahira Yazit, 22 tahun.

Anak kepada pasangan Yazit Belon dan Fashilah Hipni itu mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori tiga berpasukan wanita pada penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA Thailand 2025, semalam.

“Alhamdulillah dan syukur, ini merupakan penampilan pertama saya di Sukan SEA dan berjaya meraih pingat gangsa.

“Ia bukan sahaja menjadi hadiah paling bermakna buat diri saya, malah buat negara dan Sarawak khususnya,” ujar Sahira kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Sahira, kejayaan memenangi pingat gangsa tersebut adalah hasil usaha serta kerja keras yang dilaburkan bersama dua rakan sepasukan, Jesnina Jasmine dan Henhera Vennice, sepanjang kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, trio negara itu terpaksa akur tewas 6-13 kepada pasukan tuan rumah, Thailand, pada aksi separuh akhir.

Sahira turut berharap kejayaan meraih pingat gangsa tersebut dapat dijadikan penanda aras terbaik serta pencetus semangat untuk beliau membuat persiapan rapi menghadapi kejohanan yang lebih berprestij pada masa akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU