ARTIKEL

Sukan SEA Kemboja 2023: Potensi petinju Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Nasib tiga petinju Sarawak, Daeionel McDelon Bong (54-57kg), Jackson Chambai Ikeh (48-51kg) dan Mohd. Helmi Chieng Mohd. Firdaus Chieng (67kg) untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA Kemboja 2023 akan diketahui awal bulan depan (Februari).

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, pihaknya masih belum diberi maklum balas berhubung perkara itu.

“Setakat ini belum ada sebarang perkembangan mengenai kedudukan tiga petinju terbabit.

BERPOTENSI…Daeionel McDelon Bong.

“Namun, dari apa yang difahamkan senarai nama petinju yang akan terpilih mewakili negara akan dikeluarkan awal bulan Februari nanti,” ujar Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Rahman, beliau yakin terdapat petinju dari Sarawak yang akan diberi peluang mewakili negara ke temasya berprestij itu kelak.

Dengan melihat potensi dua pemenang pingat emas di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022 iaitu Daeionel McDelon Bong dan Jackson Chambai Anak Ikeh yang akan mewakili kem negara nanti.

“Malah, seorang lagi rakan mereka (Mohd. Helmi Chieng Mohd. Firdaus Chieng) juga tetap berpotensi,” tambah Rahman lagi.

Beliau menyatakan, kesemu tiga petinju terbabit telah dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan bagi pembentukan skuad tinju pelapis kebangsaann yang bermula 15 November tahun lepas.

Temasya Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei nanti.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU