ARTIKEL

JUARA...Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Arrifin Alimin (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang atlet berbakat sepanjang kejohanan

Sukan Tahunan Edisi Ke-35 Niup jadi tumpuan peminat olah raga tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Sukan Tahunan Sekolah Kebangaaan (SK) Niup ke-35 sesi 2023/2024 yang telah melabuhkan tirai menjadi pentas tumpuan para peminat sukan olah raga.

Acara menghimpunkan dua sukan utama iaitu sukan tara dan merentas desa turut dimeriahkan dengan wakil dari dua sekolah jemputan iaitu SK Endap dan Sk Empila.

Acara tahunan yang dijalankan Kompleks Sukan Padawan selama empat hari itu turut mendapat sokongan memberansangkan daripada wakil Pesatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG).

Para ibu bapa dilihat bukan sahaja membantu dari segi pengurusan pelancaran majlis malah ada di antara mereka yang tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat tersendiri dalam acara larian melibatkan warga PIBG dan pihak pengurusan sekolah.

Ketua Kampung Niup, Ahmad Mail berkata, objektif utama acara adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dan memberi peluang kepada mereka untuk menyertai sukan tara.

Uniknya, sukan tara telah melibatkan semua murid perdana sementara acara sukan tahunan hanya melibatkan murid terpilih yang mewakili rumah sukan.

Juara keseluhan kejohanan dirangkul oleh kontinjen Rumah Hijau, diikuti naib johan Kontinjen Rumah Merah, manakala Rumah Kuning sekadar berpuas hati di kedudukan ketiga.

Sementara itu, kejohanan ke-35 turut merekodkan sejarah tersendiri buat para atlet iaitu Olahragawan Harapan dirangkul oleh Muhammad Fairuz Majid, Olahragawati Harapan, Qurratu’aini Abdullah, Olahragawan terbaik dirangkul oleh Syam Riezman Putra Kamarudin dan Olahragawati Terbaik dimenangi oleh Norhanizah Matdihi.

MENANG…Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Arrifin Alimin (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada wakil rumah Hijau yang menjadi juara keseluruhan bagi edisi ke-35 Sukan Tahunan SK Niup

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU