ARTIKEL

TETAP BANGGA...Kontinjen Rumah Neptune sekadar naib juara.

SUKAN TAHUNAN SMK MT 2026: Neptune naib juara selepas bantahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Misi Rumah Neptune untuk mencetak kejuaraan kelima berturut-turut pada temasya Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang Edisi Ke-45 2026 tidak kesampaian.

Gelaran juara terbabit terlepas ekoran bantahan pada saat akhir dilakukan pesaing terdekat, Rumah Zuhrah yang bergelar juara baharu dengan 548 mata.

Berbanding, Rumah Neptune ditempat kedua dengan 547 mata. Tempat ketiga milik Rumah Utarid dengan 545 mata.

Ketua Kontinjen Rumah Neptune, Linda Abraham akur dengan keputusan luar jangka yang berlaku itu.

“Kita akur meskipun sukar untuk menerima keputusan ekoran bantahan dilakukan tersebut yang menyaksikan kita (Rumah Neptune) sekadar berpuas hati di tempat kedua.

“Syabas dan tahniah kepada semua atlet yang melabur keringat sepanjang temasya kali ini berlangsung,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Linda, beliau secara peribadi berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian kesemua atlet kem kendaliannya itu.

Terdahulu, Linda turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru kontinjen terbabit yang memberi kerjasama erat dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi temasya tahunan sekolah berkenaan.

Sukan Tahunan SMK Muara Tuang Edisi Ke-45 2026 berlangsung selama tiga hari (27-29 April) di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU