ARTIKEL

CARI PEMAIN...Poster program berkenaan.

Sukma 2024: Pencarian bakat muda sukan sepak takraw di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) bakal menganjurkan program pencarian bakat sukan sepak takraw zon barat.

Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, program berkenaan akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar, Betong pada 23 November.

“Ia merupakan program susulan bagi mencari pemain berbakat. Untuk di SMK Ulu Layar, ia akan bermula pukul 2 petang pada tarikh tersebut,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, program berkenaan lebih fokus kepada pencarian pemain berbakat berumur dari 15 hingga 20 tahun, sebagai persiapan membentuk pasukan untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat